Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kereta yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa penunggang motosikal di Kilometer 121 Jalan Sibu-Bintulu. Foto: IPD Mukah

Maut dilanggar kereta dari belakang

MUKAH, 2 Nov: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang dipercayai dilanggar sebuah kereta dari belakang di Kilometer 121 Jalan Sibu-Bintulu dekat sini, petang Selasa.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian dari arah Selangau hendak masuk ke simpang rumah Ingga Sigan sebelum dilanggar sebuah kereta yang cuba memotongnya dari belakang.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan (DSP), Muhamad Rizal Alias berkata, akibat perlanggaran itu mangsa tercampak ke dalam parit dan mengalami cedera parah di kepala dan patah kaki kanan.

“Mangsa dikenali sebagai Sandai Mengong, 61, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Klinik Kesihatan Sungai Arip,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke bilik mayat Hospital Mukah untuk tindakan selanjutnya.

“Pemandu berusia 21 tahun yang juga pengurus pasar raya terbabit telah ditahan di bawah Seksyen 112 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, ” tambahnya -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan