Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Lee Kuok Tiung

Undi18 dijangka punca peratusan keluar mengundi di Sabah merosot

KOTA KINABALU, 1 Nov: Pendaftaran pemilih secara automatik bagi Undi18 punca angka jumlah keluar mengundi di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) merosot.

Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Lee Kuok Tiung berpendapat pendaftaran pemilih secara automatik yang diwartakan pada 15 Disember 2021 itu bukan suatu bayangan untuk mengorak gelombang perubahan terhadap jumlah keluar mengundi kelak.

Pendaftaran secara automatik tidak akan mendorong golongan yang selama ini enggan keluar mengundi untuk hadir ke pusat mengundi memandangkan bagi Kuok Tiong, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menentukan lokaliti mengundi berdasarkan alamat di kad pengenalan.

“Saya percaya ramai yang alamatnya di Tawau tapi mereka telahpun berpindah, bekerja dan berkeluarga di Kota Kinabalu, tidak mungkin golongan ini akan balik ke Tawau semata-mata untuk mengundi melainkan mereka jenis yang proaktif dan telah mendaftar sebagai pengundi sebelum ini (kerana) golongan itu berkemungkinan akan balik untuk mengundi namun ia nya juga terpulang kepada calon (pilihan mereka),” katanya.

Kuok Tiung yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS turut menekankan strategi beberapa parti politik yang mengumumkan calon muda adalah bertujuan untuk meraih Undi18.

“Namun kita perlu ingat bahawa jumlah Undi18  di Sabah ini kecil sahaja iaitu di bawah 10 peratus,” ujarnya.

Menurutnya, secara keseluruhan hanya 6.17 peratus sahaja daripada 1,682,789 pengundi yang berumur antara 18 dan 20 tahun merupakan pengundi pertama kali dan daripada jumlah berikut, Sepanggar mencatat peratusan tertinggi iaitu dengan 7.32 peratus.

“Namun kita masih perlu pecahkan kelompok ini kepada dua kluster iaitu satu yang selepas SPM mereka sambung belajar, dan satu lagi kluster pergi bekerja,” jelasnya.

Kuok Tiung menjelaskan daripada kluster pelajar itu dipecahkan lagi kepada dua lagi sub-kluster; iaitu mereka masih berada di sekolah, dan pelajar kolej, matrikulasi, kolej swasta, universiti awam serta sebagainya.

“Kecenderungan untuk golongan ini untuk balik mengundi adalah jauh lebih rendah mungkin disebabkan oleh tempat mereka belajar, walaupun dengan cuti yang diberikan kerajaan, ia masih juga melibatkan kos penerbangan yang tinggi menyebabkan keengganan mereka untuk balik mengundi.

“Sesetengah yang mungkin belajar di Sabah, misalnya di Kota Kinabalu, kos pengangkutan turut akan dijadikan sebagai salah satu alasan untuk tidak balik mengundi serta  terdapat juga kemungkinan yang mereka mahu mengambil kesempatan satu minggu itu untuk bercuti,” katanya.

Sementara Kuok Tiung berpendapat pelajar sekolah menengah akan menyumbang kepada peratusan keluar mengundi meningkat ekoran tanggungjawab menjatuhkan undi itu bakal dijadikan sebagai salah satu aktiviti persekolahan pada 19 November nanti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan