Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-26 Sidang Kedua di sini hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak sasar 200 pakar perubatan pada tahun 2027

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 1 Nov: Sarawak masih berhadapan masalah kekurangan doktor dan pakar perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, bagi mengatasi masalah itu, Kerajaan Sarawak  menyasarkan 200 doktor dalam  kalangan anak  muda di negeri ini berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita akan berusaha mengatasi masalah ini kerana berdasarkan nisbah jumlah doktor dan pakar perubatan masih berada pada tahap yang rendah.

“Pembinaan hospital pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dapat menempatkan doktor pelatih di situ, ” katanya ditemui  selepas Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-26 Sidang Kedua di sini, hari ini.

Sehubungan itu, seramai 35 graduan kohot pertama Ijazah Sarjana Muda Program Perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS mendapat tajaan biasiswa penuh daripada Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak.

Sarawak sasar 200 Doktor menjelang 5 tahun akan datang

Abang Johari yang  juga merupakan Pro Canselor UNIMAS  berkata, kerajaan juga  bercadang untuk membangunkan Pusat Kanser Sarawak dan berharap agar khidmat pakar perubatan serta doktor pelatih dapat dilahirkan untuk merawat pesakit kanser.

Sidang Kedua yang berlangsung pada pagi  tadi melibatkan seramai 574 orang graduan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda terdiri daripada 362 graduan dari Fakulti Seni Gunaan dan kreatif (FSGK) dan 212 graduan dari Fakulti Perubatan Sains dan Kesihatan (FPSB), konvokesyen yang bermula sejak semalam sehingga 3 November ini melibatkan tujuh sidang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan