Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Datuk Seri Ismail Sabri ketika pengumuman calon BN baru - baru ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

PRU-15 : Ahmad Zahid dan Ismail Sabri kekal di kerusi asal

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Nov : Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datok.

Baca di sini > > > PRU-15 : Panas di Semenanjung, ada yang kena pecat, Sarawak terus stabil

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera yang disandangnya sejak 2004.

Sementara itu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula sah bertanding di Rembau menggantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berpindah ke kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Pengumuman calon di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini juga menyaksikan beberapa ‘nama besar’ termasuk Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau),  Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Datuk Seri Dr. Adham Baba (Tenggara) digugurkan.

Penceramah Datuk Mohammad Kazim Elias pula diberi peluang untuk bertanding kerusi Parlimen Larut manakala Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dihantar bertanding di Padang Besar, Perlis. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan