Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Petronas umum laluan ke arah sifar bersih

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengumumkan laluan Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050 (NZCE 2050) untuk mempercepatkan tindakan dan komitmen seluruh kumpulan ke arah mencapai cita-cita masa depan dengan sifar bersih.

Laluan itu, dengan sasaran jangka pendek, sederhana serta panjang, akan mengemudi dan menyediakan trajektori bagi kumpulan termasuk pihak berkepentingannya untuk maju ke arah aspirasi NZCE 2050 yang bercita-cita tinggi yang diumumkan pada awal November 2020.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata syarikat itu kekal komited bagi menyediakan tenaga yang diperlukan kepada dunia, di samping memastikan ia memenuhi matlamat iklim Perjanjian Paris.

“Laluan ini akan menyaksikan kami menangani pelepasan daripada portfolio tenaga bersepadu kumpulan pada kadar yang pantas untuk memastikan pelanggan kami mempunyai penyelesaian tenaga yang lebih selamat, boleh dipercayai, optimumkan kos dan pengurangan pencemaran.

“Ketika kami menuju ke arah NZCE 2050, keutamaan Petronas adalah untuk terus melangkah bersama masyarakat yang kami berkhidmat, selain menangani peralihan tenaga secara adil dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat minyak dan gas nasional itu juga berkata dengan sasaran ini, ia memperuntukkan 20 peratus daripada perbelanjaan modal untuk projek penyahkarbonan dan pengembangan kepada penyelesaian tenaga bersih dari 2022 hingga 2026.

Usaha penyahkarbonan Petronas akan ditambat pada empat keutamaan iaitu sifar pembakaran dan pelepas rutin, kecekapan tenaga, elektrifikasi serta tambatan dan penyimpanan karbon bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada operasinya.

“Petronas akan meneruskan kerjasama awam-swasta serta perkongsian rentas industri untuk merangsang pembangunan pertumbuhan rantaian hijau berdasarkan nilai baharu dalam tambatan dan penyimpanan karbon termasuk peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, hidrogen serta mobiliti hijau di bawah anak syarikat yang baru dilancarkan, Gentari Sdn Bhd,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan