Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka kematian akibat runtuhan jambatan gantung di negeri Gujarat barat India meningkat kepada 141, menurut seorang pegawai. Foto Reuters.

Mangsa korban jambatan runtuh di India meningkat kepada 141

ByBernama

NEW DELHI, 1 Nov: Angka kematian akibat jambatan gantung runtuh pada Ahad di barat India meningkat kepada 141 orang pada tengah hari Isnin.

Pasukan penyelamat dari agensi tindak balas bencana negara dan tentera sedang mencari mangsa yang hilang di sungai Machchhu di bandar Morbi di negeri Gujarat.

Kira-kira 400 orang termasuk wanita dan kanak-kanak berada di atas jambatan era British itu ketika ia runtuh pada petang Ahad.

Lebih 170 orang berjaya diselamatkan, menurut laporan media tempatan.

“Operasi menyelamat di sungai Machchhu kini di peringkat akhir. Ia dijangka tamat tidak lama lagi,” kata Menteri Dalam Negeri Gujarat Harsh Sanghavi.

Baca artikel berkaitan di sini >>> Angka kematian jambatan runtuh di India meningkat kepada 141

Jambatan pejalan kaki sepanjang 232 meter yang menjadi tarikan pelancong itu dibuka semula pada 26 Okt selepas tujuh bulan kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan