Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, yang melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween telah mengorbankan 153 nyawa. Foto: Reuters

Tragedi Itaewon: Malaysia ucap takziah kepada Korea Selatan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menzahirkan ucapan takziah Malaysia kepada rakyat Korea Selatan atas insiden rempuhan pada pesta Halloween di Itaewon, Seoul, Sabtu malam.

Beliau turut melahirkan rasa sedih atas perkembangan tragedi itu yang telah mengorbankan 153 orang.

“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan dan mendoakan supaya keluarga mangsa yang terlibat diberi kekuatan & semua yang tercedera diberikan kesembuhan,” katanya di akaun Twitternya, pada Ahad malam.

Tambahnya Kementerian Luar melalui Kedutaan Malaysia di Seoul akan terus memantau situasi itu.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular agar berhubung dengan pihak kedutaan melalui talian +821089748699.

Sementara itu, 19 daripada 153 yang terkorban dikenal pasti sebagai warga asing berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway manakala 82 lagi dilaporkan cedera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan