Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Hamzah bersama Pacific West Dragon Boat Club dari Malaysia muncul juara kategori Terbuka Premier Antarabangsa 20s. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Pacific West Dragon Boat Club juarai Regatta Antarabangsa Perahu Naga Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 30 Okt : Pasukan Malaysia, Pacific West Dragon Boat Club muncul juara kategori Terbuka Premier Antarabangsa 20s Regatta Antarabangsa Perahu Naga Sarawak 2022 Edisi Kelapan hari ini.

Pasukan itu unggul menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam, 10 minit dan 7 saat.

Naib johan pula menjadi milik Boneka Paddlers – Team B yang mencatatkan masa 1 jam, 10 minit dan 16 saat manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Kapuas Hulu yang merekodkan masa 1 jam, 10 minit dan 17 saat.

Antara kategori lain yang dipertandingkan termasuk acara terbuka, campuran, master, tertutup dan kategori khas ‘cancer survivor’.

Bagi acara perlumbaan perahu naga kali ini, hadiah keseluruhan telah digandakan kepada RM100,000 berbanding RM50,000 sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara tersebut telah menjadi salah satu perayaan kebudayaan tahunan Sarawak yang digemari pelbagai lapisan.

“Kita dapat melihat acara yang dianjurkan di sini mendapat sambutan yang sangat baik termasuklah perlumbaan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Regatta Antarabangsa Perahu Naga Sarawak 2022, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Sarawak, Raden Sigit Witjaksono, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datu Hii Chang Kee serta Presiden Persekutuan Perahu Naga Malaysia, Girlie Tan.

Abdul Karim menambah, pada tahun ini sebanyak 15 negara menyertai Regatta Antarabangsa Perahu Naga Sarawak yang diadakan pada 28 hingga 30 Oktober dengan melibatkan 48 pasukan dan 1,500 peserta.

“Kerajaan Sarawak teruja melihat sambutan yang menggalakkan dari seluruh dunia.

“Ianya merupakan satu rekod yang amat kami banggakan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan