Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol dan Dayang Mariana Abang Bolhassan bersama para pemenang dan peserta Waterfront Idol di Kuching pada Ahad malam. Foto Faitullah Morni (TVS).

Nur Ain Nadzirah juara Waterfront Idol 

KUCHING, 31 Okt: Lagu ‘Kerna Ku Sanggup’ membawa tuah kepada Nur Ain Nadzirah apabila menjuarai Waterfront Idol yang diadakan di Tebingan Kuching pada Ahad malam. 

Dia yang menewaskan lapan peserta lain, membawa pulang hadiah RM1,500, piala dan sijil.

Tempat kedua dimenangi Harris Haron yang mendendangkan lagu ‘Hati Yang Tersakiti’. Dia memenangi RM1,000, piala dan sijil.

Elliza Suezina dengan lagu berjudul ‘Hati Yang Tersakiti’ memenangi tempat ketiga, melayakkan dia membawa pulang wang tunai RM800, piala dan sijil.

Enam peserta lain menerima wang saguhati dan sijil.

Nur Ain Nadzirah (tengah), Harris Haron (kiri) dan Elliza Suzina yang memenangi Waterfront Idol.

Hadiah-hadiah disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak Dayang Mariana Abang Bolhassan.

Program anjuran Majlis Seni Sarawak yang menampilkan pengacara Iwan Dasri ini diadakan bagi memeriahkan Sarawak Regatta 2022.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found