Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Abdul Taib menyampaikan Anugerah Canselor kepada Nurzarra'ain Azmieda Azamie pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-26 di Kota Samarahan, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS).

3,972 graduan dilahirkan pada konvokesyen UNIMAS ke-26

BySalasiah Safian

KOTA SAMARAHAN, 31 Okt: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melahirkan 3,972 orang graduan menerusi majlis konvokesyen ke-26 yang bermula hari ini hingga 3 November.

Istiadat konvokesyen disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Canselor UNIMAS.

Sidang pertama hari ini melibatkan 526 orang graduan dari Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan ljazah Sarjana, manakala 42 orang graduan daripada Diploma Pascasiswazah Pendidikan UNIMAS.

Seramai 3,404 orang graduan terdiri daripada graduan prasiswazah pula akan menerima ijazah masing-masing bermula Selasa hingga Khamis.

Konvokesyen UNIMAS ke-26 ini juga menyaksikan penyampaian anugerah-anugerah akademik seperti Anugerah Pelajaran DiRaja, Anugerah Canselor dan Anugerah Pro Canselor kepada graduan yang terpilih menerusi kecemerlangan mereka dalam akademik dan kokurikulum sepanjang pengajian di UNIMAS.

Anugerah ini akan diberikan kepada graduan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Konvokesyen ini juga akan meraikan 38 graduan kohot pertama ljazah Sarjana Muda Program Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang mendapat tajaan biasiswa penuh daripada Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Marjeraie dan Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan