Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berumur 63 tahun rentung apabila keretanya terbakar di kawasan padang permainan, Taman Iramanis, hari ini. Foto: IPD KK

Warga emas rentung dalam kebakaran kereta

KOTA KINABALU, 30 Okt : Seorang lelaki warga emas rentung apabila keretanya terbakar di kawasan padang permainan di Taman Iramanis, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian itu pada pukul 9.10 pagi.

”Lelaki berusia 63 tahun itu ditemukan rentung dalam keretanya selepas kebakaran berjaya dipadamkan oleh pihak bomba,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaidi, siasatan awal oleh pasukan forensik bomba mendapati api berpunca daripada tempat duduk sebelah pemandu.

“Mayat mangsa yang rentung ditemukan di tempat duduk pemandu dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth bagi proses bedah siasat,”katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, kebakaran melibatkan sebuah Toyota Spacio.

“Kenderaan terbakar sebanyak 80 peratus manakala mangsa rentung telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),”katanya.

Beliau memberitahu, api dapat dikawal pada pukul 9.29 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.09 tengah hari,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan