Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Sim hadir dalam program bersama masyarakat di Padungan, di sini. Foto TVS.

Tolak DAP kerana mereka punya agenda tersendiri – Dr. Sim

KUCHING, 30 Okt : Dato Sri Dr. Sim Kui Hian meminta rakyat Sarawak menolak DAP pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ini.

Beliau yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, ini kerana parti itu tidak memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

“Apabila wakil rakyat DAP berada di Semenanjung Malaysia, mereka tidak pernah memperjuangkan hak rakyat Sarawak sedangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

“Ini dilakukan melalui tuntutan (yang dibuat oleh wakil rakyat GPS) berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),”katanya.

Dr. Sim berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyalakan lampu di pintu gerbang jalan masuk Padungan di sini.

Mengulas lanjut, Dr. Sim berkata, pengundi perlu memilih parti yang mampu melaksanakan pentadbiran dengan stabil.

“Mereka (DAP) perlu ditolak kerana mempunyai agenda tersendiri.

“Pada malam pilihan raya (keputusan diumumkan), DAP mungkin menjadi parti pertama yang akan menghubungi UMNO atau GPS untuk mengadakan rundingan bagi membentuk kerajaan baharu,”katanya.

Sementara itu, Dr. Sim berkata, beliau dan SUPP merupakan parti yang sentiasa mengutamakan Sarawak.

“Oleh sebab itu, dalam setiap ucapan saya bersama rakyat Sarawak, saya sentiasa mengucapkan Sarawakku Sayang kerana Sarawak dahulu selepas itu Malaysia,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan