Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan Jentera Wanita GPS - PRU-15 di sini hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

Tidak mustahil pemimpin wanita berkelayakan jadi Perdana Menteri

KUCHING, 30 Okt : Latar belakang gender kini tidak lagi menjadi isu bagi membolehkan seseorang itu dilantik sebagai pemimpin utama, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, ini termasuklah kemungkinan ada wanita yang berpeluang untuk memegang jawatan penting termasuk sebagai Perdana Menteri.

“Jika wanita berkelayakan serta berwawasan, tidak mustahil rakyat akan memilihnya sebagai pemimpin.

“Kita mesti berdepan realiti. Jika seseorang itu bagus, boleh bersatu dengan rakyat serta mempunyai wawasan, mengapa tidak,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Pelancaran Jentera Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ketua Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, dalam soal memilih pemimpin, tidak seharusnya lelaki sahaja yang diberikan peluang.

“Sebaliknya jika ada wanita yang dapat melaksanakan tanggungjawab dan menerima sokongan rakyat, mereka wajar diberikan peluang,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan