Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kelima DBOS di sini malam ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak uruskan sendiri projek pembangunan negeri – Abang Johari

KUCHING, 29 Okt : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak perlu merancang sendiri pembangunannya dan tidak membiarkan pihak lain melaksanakan projek – projek di sini.

Premier Sarawak itu berkata, sebelum ini Sarawak pernah terlalu bergantung kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi dana bagi melaksanakan projek infrastruktur dan utiliti terutamanya di kawasan pedalaman.

Keadaan itu ujarnya menyebabkan Sarawak berada dalam situasi sukar terutamanya jika berada dalam parti berbeza.

“Kita (Sarawak) mengalami pengalaman buruk apabila banyak projek pembangunan di Sarawak telah dibatalkan ketika pemerintahan Pakatan Harapan namun syukur kepada Tuhan, kita mampu untuk meneruskan projek – projek berkenaan untuk manfaat rakyat termasuk yang modalnya disediakan oleh Bank Pembangunan Sarawak (DBOS),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun kelima bank berkenaan di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Pengerusi DBOS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Meneruskan ucapannya, Abang Johari berkata, kemampuan Sarawak meneruskan projek – projek pembangunan yang dibatalkan oleh PH adalah kerana negeri ini mempunyai simpanan yang kukuh.

“Oleh itu kerajaan negeri mampu memberikan semula pulangan untuk manfaat rakyat,”katanya.

Berkenaan perkembangan DBOS pada masa ini, Abang Johari berkata, bank yang ditubuhkan dengan dana kapital sebanyak RM500 juta itu daripada rizab negeri telah menunjukkan daya tahan untuk terus menyumbang kepada pembangunan Sarawak.

“Pencapaian yang dicatatkan oleh DBOS lima tahun ini telah memberikan impak yang luar biasa terhadap kemajuan ekonomi Sarawak terutamanya di luar bandar,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan