Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjuran Kuching Jazz 2022 menyebabkan kadar tempahan bilik di sekitar Kuching hampir penuh, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak tawarkan kadar penginapan tidak bebankan pelancong – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 30 Okt : Kadar penginapan hotel di Sarawak merupakan antara yang termurah di Malaysia, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata, berdasarkan tinjauan, harga bilik bagi hotel mewah di Kuching juga berada pada kadar berpatutan berbanding di Kuala Lumpur atau Singapura.

“Ini tidak membebankan pelancong yang berkunjung negeri ini.

“Di Sarawak, saya rasa harga (bilik hotel) yang paling tinggi adalah dalam lingkungan RM400 hingga RM500 sahaja untuk satu malam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Konsert Kuching Jazz 2022, di Tebingan Sungai Sarawak, di sini malam tadi.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, penganjuran pelbagai acara bertaraf antarabangsa di Kuching dan Sarawak ketika ini menunjukkan pemulihan memberansangkan sektor pelancongan domestik.

“Selain Konsert Kuching Jazz 2022, terdapat banyak program lain seperti Sarawak International Dragon Boat Regatta, What About Kuching (WAK) 2022, Festival Jualan Makanan dan sebagainya.

“Berdasarkan tinjaun, kebanyakan hotel di bandar raya ini hampir penuh ditempah,” katanya.

Namun demikian, Abdul Karim berkata, masih terdapat beberapa isu berkait sektor pelancongan perlu diselesaikan termasuklah harga tiket penerbangan masuk dan keluar Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan