Dato Sri Fatimah Abdullah menyeru agar jentera GPS berusaha keras untuk menarik sokongan pengundi muda dan baharu. Foto Akma Salleh (TVS)

PRU-15 : Jadikan penyertaan pengundi muda peluang mantapkan GPS

KUCHING, 30 Okt : Penyertaan pengundi muda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu dilihat sebagai peluang berharga walaupun terdapat cabaran yang ‘dibawa’ bersama, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, ini kerana PRU ini merupakan kali pertama GPS bertanding secara solo.

Sehubungan itu katanya PRU-15 yang bakal dihadapi adalah lebih mencabar berbanding pilihan raya umum sebelum ini.

“Ini adalah disebabkan kehadiran pengundi muda berusia 18 tahun dan mereka yang tidak pernah mendaftar sebelumnya namun layak mengundi disebabkan pendaftaran secara automatik,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) PRU-15 di sini hari ini.

Namun demikian, Fatimah berkata, GPS perlu melihat kehadiran pengundi muda dan baharu yang tinggi sebagai peluang terbaik untuk menarik sokongan.

“Jadi jangan gentar untuk mengukuhkan kedudukan GPS sebagai gabungan politik yang menjadi pilihan pengundi,”katanya.

Sementara itu, Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri berkata, slogan Utamakan Sarawak perlu terus diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

“Ini meliputi program pembangunan, aktiviti pendidikan, ekonomi dan kebajikan yang mempunyai kesan dan impak positif untuk masa depan yang lebih terjamin,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan