Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS.

Parti Bangsa Malaysia seperti kartun – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 30 Okt : Krisis yang melanda Parti Bangsa Malaysia (PBM) ketika ini menyebabkan parti baharu itu sudah menjadi kartun, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, hal ini kerana sudah timbul kekeliruan walaupun PBM belum pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Dua tiga hari ini kebelakangan ini, kita dapat lihat, parti itu sudah menjadi seperti parti kartun.

“Terdapat banyak pergolakan berlaku seperti perebutan kerusi Presiden parti dan pengeluaran watikah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Datuk Larry Sng Wei Shien yang mendakwa beliau masih Presiden PBM yang sah dan seterusnya menggantung Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti itu.

Menerusi kenyataan di Facebooknya, Larry turut menggantung 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, beliau menyerahkan kepada pengundi di Sarawak untuk membuat keputusan pada 19 November ini untuk memilih parti yang dirasakan mampu mentadbir dengan baik.

“Pengundilah yang akan menilai perjuangan dan manifesto sesebuah parti sebelum turun mengundi pada hari mengundi kelak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan