Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Hii Chang Kee pada Majlis Penutup World Xiang Qi kali ketujuh di sini malam tadi. Foto TVS.

Kombinasi CANFF jadi tarikan pelancong ke Sarawak

KUCHING, 30 Okt : Sarawak menawarkan gabungan budaya (culture), pengembaraan (adventure), alam sekitar (nature), makanan (food) dan festival (festival) atau CANFF sebagai tarikan kepada pelancong untuk datang ke negeri ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri itu berkata, pakej berkenaan yang diperkenalkan kerajaan negeri telah membantu pemulihan sektor pelancongan Sarawak selepas dua tahun terjejas akibat pandemik COVID-19.

Kata beliau, ini dapat dilihat apabila jumlah pelancong ke Sarawak mencecah 1.14 juta orang setakat September lepas.

“Kerajaan Sarawak yakin berdasarkan momentum ini, kita akan dapat mengatasi sasaran 1.2 juta pelancong menjelang akhir tahun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Hii Chang Kee pada Majlis Penutup World Xiang Qi kali ketujuh di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Konsulat Jeneral China di Kuching Xing Wei Peng, Naib Pengerusi Eksekutif World Xiang Xi Federation, Zhuo Guo Ping dan Setiausaha World Xiang Xi Federation, Guo Li Ping.

Sementara itu beliau memberitahu, pada tahun ini, kementerian telah menyokong lebih 100 acara pelbagai peringkat di seluruh Sarawak dalam usaha mengalakan kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut menyambut baik penganjuran Xiang Qi di Sarawak yang telah menjadi aktiviti di peringkat antarabangsa.

Xiang Qi adalah permainan papan yang memerlukan pemain berfikir secara pantas dan menggunakan strategi untuk menjatuhkan lawan.

“Penganjuran acara ini telah mempromosikan Kuching dan Sarawak sebagai negeri yang mempunyai pelbagai budaya, warisan dan kulinari makanan yang pelbagai,”katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan