Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KENANGAN… Fadillah bersama-sama belia Petra Jaya bergambar selepas menghadiri program makan pagi Komuniti Keluarga Malaysia di Zainab Family Food Court. Foto: Suara Sarawak

Kemenangan GPS bantu stabilkan Malaysia

BySuara Sarawak

KUCHING, 30 Okt: Sokongan yang diberikan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dapat membantu menstabilkan Kerajaan Malaysia.

Demikian kata bekas Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof ketika ditemu bual wartawan selepas menghadiri program makan pagi bersama-sama Komuniti Keluarga Malaysia di Zainab Family Food Court, Metrocity, di sini, hari ini.

Menurutnya, inilah yang dimaksudkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkaitan dengan kenyataan Sarawak sebagai ‘king maker’.

“Ini hasrat yang cuba disampaikan Premier (Abang Johari) kita. ‘King maker’ yang dimaksudkan bukan bermakna kita sebagai penentu dan sebagainya.

“Tetapi, sumbangan Sarawak untuk menentukan kestabilan politik. Justeru, kita mengharapkan sokongan padu dari rakyat negeri ini,” katanya.

Menurutnya lagi, kalau boleh daripada 31 kerusi yang dipertandingkan, semuanya diberikan kepada GPS.

Tegasnya, ia pasti dapat membentuk Kerajaan Malaysia yang lebih stabil, sekali gus menjaga hak Sarawak.

“Di samping menstabilkan kedudukan politik negara, kita juga dapat menyuarakan hak Sarawak demi kepentingan hak negeri ini,” katanya ringkas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan