Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fadillah Yusof hadir pada Majlis Penyampaian Sijil dan Penangguhan Bumiputera Contractor & Entrepreneur Empowerment di CIDB Convention Centre, hari ini. Foto TVS

BKSS terbukti ringankan beban rakyat – Fadillah

ByNazirah Adlina

KUCHING, 30 Okt:  Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak terbukti meringankan beban rakyat yang terjejas akibat penularan COVID-19, kata Dato Sri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Naib Presiden Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, keputusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu juga menjadikan Sarawak sebagai negeri tunggal yang menyediakan bantuan berkenaan.

“Dua tahun lepas, kita berdepan COVID-19, ramai yang terkesan namun Alhamdulillah di Sarawak, kerajaan negeri yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyediakan BKSS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sijil dan Penangguhan Bumiputera Contractor & Entrepreneur Empowerment di CIDB Convention Centre, hari ini.

Turut hadir, Presiden Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan dan Ketua Dewan Muda DUBS, Khairulnizam Mohamed Khalid.

Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata, beliau turut menerima maklum balas daripada rakyat yang mengakui BKKS mengurangkan kesan kewangan yang ditanggung mereka.

“Ini termasuklah terdapat penerima yang gunakan BKKS untuk memulakan perniagaan kecil ketika pandemik.

“Kita dapat bantu rakyat hasil perancangan teliti Kerajaan GPS,”katanya.

Sementara itu, Fadillah turut berharap agar usahawan tempatan memahami Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) supaya meraih manfaat di samping terlibat mencapai matlamat pembangunan ditetapkan Kerajaan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan