Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail merasmikan Program Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa (Tertutup dan Terbuka) di Kompleks Sukan Limbang hari ini. Foto TVS

Parlimen Limbang rekodkan 15 ribu pengundi baharu

LIMBANG, 29 Okt : Parlimen ini merekodkan hampir 15,000 pengundi baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, ini sekaligus menyaksikan pengundi kerusi Parlimen Limbang mencecah 42 000.

“Pertambahan jumlah pengundi baharu itu terdiri daripada pengundi muda yang berusia 18 tahun ke atas selain pengundi dewasa telah didaftarkan sebagai pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas merasmikan Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa (Tertutup dan Terbuka) di Kompleks Sukan Limbang hari ini.

Berhubung pertambahan berkenaan, Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata, peratusan keluar mengundi pada PRU-15 ini dijangka meningkat.

“Kita jangka suasana akan lebih meriah sekiranya ramai keluar mengundi dan ini menjadi satu cabaran bagi kita,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut menyeru kepada pengundi di Parlimen Limbang supaya menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu dan seterusnya kerajaan yang bakal memerintah negara.

“Rakyat Sarawak pula, kita perlu terus memberi sokongan dengan mengundi calon ditampilkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Ini bagi memastikan kesinambungan pemerintahan selain memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat negeri ini,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan