Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Sarawak Regatta Kuching Waterfront dan Sarawak International Dragon Boat Regatta di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Kocakan sungai sempena Sarawak Regatta bawa limpahan rezeki

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 Okt : Penganjuran Sarawak Regatta-Kuching Waterfront Festival membawa limpahan rezeki kepada Sarawak dan seterusnya memperkenalkan acara sukan ikonik negeri ini ke pentas antarabangsa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penganjuran acara berkenaan juga membantu usahawan tempatan untuk menjana pendapatan lumayan.

“Saya ucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan (Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak) dan Residen Kuching yang berjaya menganjurkan semula acara ini selepas dua tahun tidak diadakan ekoran pandemik COVID-19.

Saya difahamkan oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana penyertaan peserta antarabangsa dalam perlumbaan Dragon Boat,”katanya.

Abang Johari berkata demikian selepas merasmikan penganjuran Sarawak Reggata Kuching Waterfront dan Sarawak International Dragon Boat Regatta di sini, hari ini.

Perkembangan ini kata Abang Johari akan memberikan limpahan ekonomi kepada usahawan tempatan.

Regatta Sarawak 2022 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM240,000 untuk dimenangi menerusi pelbagai kategori.

Antara yang mencuri tumpuan ialah acara kemuncak, Piala Raja Sungai 2022 yang menawarkan hadiah RM20,000.

Pelbagai acara diadakan antaranya Sarawak International Dragon Boat Regatta, Perlumbaan Perahu Sarawak Regatta, Festival Jualan Makanan dan Keusahawanan serta Jualan Kraf Tekstil Borneo.

Pada tahun ini sebanyak 16 negara menyertai Sarawak International Dragon Boat Regatta yang melibatkan 50 pasukan dan 1453 peserta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan