Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) melihat proses tenunan kraf tangan tradisional. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Jualan Festival Kraf Tekstil Borneo cecah RM200 ribu

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 Okt : Jualan dicatatkan pada Festival Kraf Tekstil Borneo 2022 mencecah hampir RM200,000 selepas dua hari berlangsung, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, beliau berbangga dengan pencapaian berkenaan kerana festival anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) itu turut mengangkat produk kraf tangan masyarakat tempatan.

“Festival ini turut melibatkan penyertaan usahawan kraf dari Semenanjung Malaysia, selain masyarakat dari Bintulu dan Miri.

“Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur,” katanya.

Abang Johari berkata demikian selepas merasmikan Majlis Festival Kraf Borneo 2022 sempena Kuching Waterfront Festival dan Sarawak Reggata 2022 di sini, hari ini.

Abang Johari menyempurnakan simbolik perasmian Festival Kraft Tekstil Borneo 2022 – Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan