Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak gentar untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU-15) kata Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Akma Salleh (TVS)

GPS tidak gentar hadapi PRU-15, kata Abang Johari

KUCHING, 29 Okt : Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak gentar untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kata Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas Abang Johari, keyakinan ini bersandarkan kepada sokongan padu diberikan rakyat Sarawak kepada GPS semasa Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang lepas.

“Kita akan berdepan PRU-15 dan ini sebenarnya merupakan kali pertama kita bertanding menggunakan logo GPS namun kita tidak gentar.

“Kenapa (tidak gentar) kerana kita hendak mempertahankan hak-hak Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda GPS, di Stadium Perpaduan Negeri, di sini, hari ini.

Katanya lagi, GPS komited untuk mempertahan hak -hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

”Kita ada hak, mereka juga ada hak mereka malah kita berkongsi hak kita namun GPS mempertahankan hak kita,”katanya.

Menurut Abang Johari, pada penggal lepas, barisan Ahli Parlimen GPS telah berjuang di Dewan Rakyat dan berjaya mendapatkan semula beberapa hak Sarawak yang terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menambah, Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) telah diiktirafkan.

”Ini merupkan hasil perjuangan ahli parlimen kita yang lalu,”katanya.

Tegasnya, GPS tidak akan berhenti mempertahan hak Sarawak dan optimis untuk menghantar ‘suara besar’ ke parlimen kelak. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan