Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Fokus utamakan Sarawak

BySuara Sarawak

KUCHING, 29 Okt : Manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah fokus seperti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu iaitu “Utamakan Sarawak”, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, beliau yang juga Pengerusi GPS berkata akan meneruskan apa yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

Pada masa sama, katanya fokus utama menguruskan negeri berdasarkan kepada ekonomi baharu berteraskan kepada kekuatan yang ada dalam Sarawak.

“Kalau dahulu kita mempunyai manifesto Barisan Nasional (BN) dan kita tambah sedikit daripada perspektif Sarawak tapi bagi PRU-15. Ini kali pertama kita ada manifesto sendiri,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Suara Sarawak di pejabatnya, Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Calon GPS diumum 3 November – Abang Johari
  2. 2. Pengundi 45 ke bawah bakal jadi penentu

Seterusnya, Abang Johari berkata GPS sudah tentu mesti ada kerjasama yang erat dengan Kerajaan Persekutuan.

“Sebab itu kita mempunyai kejayaan besar menerusi menteri kita, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dengan kita telah meminda Perlembagaan Malaysia yang antara lain mengembalikan perjanjian dahulu iaitu Malaysia adalah gabungan antara tiga wilayah di bawah perkara 1 (2) Perlembagaan.

“Yang penting adalah Perkara 160 di bawah interpretasi dengan perjanjian yang disebutkan ialah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan MA63 termasuk IGC.

“Jadi ini bermakna ia menjadi asas Perlembagaan Malaysia dan harus dipenuhi apa yang diikat dalam MA63. Jadi kita punya teras berdasarkan kepada MA63,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan