Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Progam realiti Getaran Jiwa terbitan TVS turut memberi platform untuk warga Sarawak menunjukkan kebolehan mereka. Foto Faitullah Morni (TVS)

Siapa layak ke separuh akhir episod kedua Getaran Jiwa?

KUCHING: Siapa dua peserta yang akan layak ke pentas separuh akhir Getaran Jiwa malam ini?

Lapan peserta akan berentap menerusi episod kedua program realiti nyanyian terbitan TVS di Stadium MBKS, Bintawa di sini pada malam ini.

Peserta dari Sarawak ialah Mady Spuan yang akan mendendangkan lagu Zuraidah, Tcy Agnes (Darah Muda), Irwan (Azizah), Shamshul (Kalau Kaca Menjadi Intan) dan Rina Ramlee (Bossanova) manakala dari Sabah – Shazlan (Jeritan Batinku), Jamliah Pesan (Berkorban Apa Saja) dan Suili (Malam Ku Bermimpi).

Menerusi episod pertama pada minggu lepas, Sam Dean dan Izwan Dahlan berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir.

Diadakan di Stadium MBKS, Bintawa di sini, menerusi program ini para peserta dikehendaki mendendangkan lagu klasik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Dewan dibuka mulai 7 malam.

Ia disiarkan secara langsung menerusi TVS saluran 122 Astro dan MYTV pada pukul 8.45 malam.

Program berkenaan menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Dato Nash sebagai ketua juri bersama penyanyi terkenal Sarawak Norafizah Busman.

Pada minggu ini, Getaran Jiwa menjemput penyanyi Ayai Ilusi sebagai juri jemputan.

Penyanyi Sissy Iman dan Jiggy Masin bertindak selaku pengacara manakala program kapsul, Debaran Jiwa yang bersiaran sebelum siaran langsung Getaran Jiwa akan dikendalikan oleh Fattah Bolhanuddin dan Siti Zawawi.

Pentas final pula akan berlangsung di DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Juara akan membawa pulang RM30,000 diikuti RM20,000 untuk naib juara dan RM10,000 untuk tempat ketiga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan