Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Penasihat Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) , Prof. Ir. Ts. Dr. Al Khalid Othman. Foto TVS.

Pusat Komuniti Digital diperluaskan ke Baram, Ba’kelalan dan Long San – SMA

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 28 Okt : Kerajaan Sarawak komited untuk merapatkan jurang digital dengan memperkasakan kemahiran digital rakyat agar tidak ketinggalan dalam arus transformasi ekonomi digital Sarawak.

Ke arah itu, Timbalan Ketua Saintis dan Timbalan Ketua Penasihat Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) , Prof. Ir. Ts. Dr. Al Khalid Othman berkata, setakat ini sebanyak 45 Pusat Komuniti Digital (DCC) di seluruh Sarawak telah dibangunkan bagi fasa pertama.

“Kita telah melancarkan DCC seperti yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Terdapat 10 perkhidmatan ditawarkan oleh DCC antaranya menyediakan platfrom pendidikan kepada komuniti dan pelajar sekolah tentang penggunaan digital,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Malaysia Decides terbitan TVS di sini, hari ini.

Bagi fasa kedua pula, Al Khalid berkata, inisiatif berkenaan akan disasarkan di seluruh Sarawak yang belum memiliki akses berkenaan dalam usaha membangunkan komuniti digital.

“Selepas ini kita akan laksanakan di Baram, Ba’kelalan dan Long San untuk manfaat pelajar sekolah.

“Ini kerana apabila habis sekolah, mereka tiada aktiviti selain akses hanya terhad di kawasan sekolah sahaja,”katanya.

Sehubungan itu katanya, penyediaan infrastruktur dan fasiliti berkenaan akan dapat membangunkan modal insan terutamanya dalam kemahiran digital. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan