Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata daripada Datuk Dr. Kuljit Singh. Foto: TVS.

Perkhidmatan kesihatan berkualiti tarik warga asing mendapatkan rawatan di Sarawak

KUCHING, 28 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin kualiti perkhidmatan kesihatan ditawarkan oleh hospital swasta di negeri ini mampu menarik warga asing mendapatkan rawatan.

Ini ditambah dengan promosi oleh kerajaan menerusi Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan Kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bagi mengembangkan lagi sektor pelancongan perubatan.

Menurutnya, menerusi program ini sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam mempelawa warga asing mendapatkan rawatan berkualiti pada harga berpatutan yang ditawarkan beberapa hospital swasta di Sarawak.

“Rakyat dari negara jiran iaitu dari Kalimantan, Indonesia datang ke negeri ini untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta.

“Ini kerana, hospital swasta di sini menyediakan perkhidmatan perubatan terbaik, fasiliti lengkap dan terkini selain harga berpatutan berbanding negara lain.

“Selain itu hospital swasta di negeri ini juga menerima pengiktirafan dari badan profesional perubatan antarabangsa,” katanya ketika berucap pada majlis makan alam anjuran Persatuan Hospital Swasta Malaysia di sini pada Khamis malam.

Sarawak destinasi pelancongan perubatan

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia Datuk Dr. Kuljit Singh.

Abang Johari berkata lagi, kerajaan Sarawak komited dalam membangun kualiti perkhidmatan kesihatan.

Menurutnya, lebih RM200 juta telah dibelanjakan kerajaan negeri bagi membangunkan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan.

Sarawak juga dalam perancangan membina sebuah hospital kanser di Kuching yang bakal dilengkapi kemudahan terkini dan mampu menarik pelancong luar negara dalam mendapatkan khidmat rawatan kanser di Sarawak, katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan