TENOM, 28 Okt : Seorang pemandu jentolak maut akibat dihempap jentera itu dalam satu kejadian di Kampung Tuan di sini, hari ini.
Difahamkan, kejadian 10:12 pagi itu berlaku apabila mangsa berusia 60 tahun memandu jentolak bagi kerja-kerja mengangkat tanah.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Misran Bisara mengesahkan kejadian itu.