Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Dr. Kuljit Singh bersama ahli-ahli Persatuan Hospital Swasta Malaysia pada majlis makan malam di Kuching pada malam Khamis. Foto TVS.

Doktor dari Semenanjung boleh mohon permit kerja lima tahun – Abang Johari

KUCHING, 28 Okt : Golongan doktor dari Semenanjung Malaysia yang bertugas di pusat perubatan swasta di Sarawak boleh memohon permit kerja tempoh lima tahun secara terus daripada kerajaan Sarawak tanpa perlu lagi memperbaharui permit kerja setiap tahun.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pengeluaran permit kerja jangka panjang merupakan insiatif kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai tenaga kerja berkemahiran menyumbang kepakaran dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri itu.

“Permit kerja untuk tempoh lima tahun meliputi golongan profesional dari luar yang bertugas di Sarawak dalam semua sektor ekonomi daripada sektor perindustrian hingga perkhidmatan termasuk sektor perubatan. Anda tidak perlu memperbaharui permit kerja setiap tahun.

“Kita memberi kelonggaran ini supaya ahli profesional boleh bekerja dan tinggal lebih lama  di Sarawak. Kita boleh melaksanakan peraturan ini kerana soal imigresen adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam Persatuan Hospital Swasta Malaysia di sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Datuk Dr. Kuljit Singh.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan menyemak semula keputusan hanya membenarkan visa 14 hari kepada pelancong perubatan yang datang ke Sarawak.

“Kita benarkan orang datang ke Sarawak dan kebiasaannya kita beri visa untuk tempoh tiga bulan. Saya tidak tahu mengapa hanya 14 hari untuk pelancong perubatan. Saya akan memperbetulkannya terutama kepada mereka yang datang dari luar khusus untuk mendapatkan rawatan perubatan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan