Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekalan simen CMS Cement kembali seperti biasa minggu depan

KUCHING, 28 Okt: CMS Cement Industries Sdn Bhd hari ini memaklumkan bekalan simen kepada pelanggan mereka akan kembali seperti biasa menjelang minggu pertama November.

Dalam satu kenyataan, syarikat pembekal simen yang berpangkalan di Sarawak itu berkata terdapat kekurangan bekalan bahan binaan berikutan penutupan kilang Mambong dekat sini untuk tujuan penyelenggaraan dan kelewatan yang tidak dijangka dalam penghantaran bahan mentah.

“Tambahan pula, pengeluaran di kilang Pending ditangguh lagi selama 14 hari disebabkan hujan lebat yang menjejaskan penghantaran bahan mentah,” katanya.

Sementara itu, bekalan simen ke seluruh Sarawak kekal tidak terjejas kerana permintaan di kawasan seperti Sibu, Bintulu dan Miri, ditampung oleh pengeluaran di kilang syarikat itu di Bintulu.

“Kami ingin memohon maaf atas kekurangan bekalan simen (dan) akan berusaha untuk memastikan bekalan simen yang stabil kepada semua pelanggan kami,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan