Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mark Ferguson, Gracie Gelkie, Nisa Addina, Noryn Aziz dan Ky Den pada sidang media Kuching Jazz 2022 di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Alunan muzik jazz berkumandang di Tebingan Sungai Kuching malam ini dan malam esok

KUCHING, 28 Okt: Jazz bukan terhad untuk halwa telinga golongan berumur, sebaliknya melodi muzik genre ini boleh didengar setiap lapisan masyarakat.

Demikian menurut pengarah artistik Kuching Jazz 2022, Nisa Addina sambil menambah, hampir kebanyakan genre muzik sekarang dipengaruhi jazz.

“Saya berharap golongan muda dapat bersama memeriahkan Kuching Jazz pada tahun ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama, penasihat Kuching Jazz 2022 Gracie Geikie dan Ketua Pegawai Eksekutif Hemisphere Corporation Mark Ferguson.

Kuching Jazz 2022 menampilkan artis antarabangsa dari tiga negara – Freyja Garbett dari Australia, The Arkroyal (Singapura) dan Hendri Rotinsulu serta Jazmint Band (Indonesia).

Artis Malayssia pula, Noryn Aziz, Leon Sappire dan dua penyanyi dari Sarawak iaitu Ky Den dan Ta’Dan.

Menurut Mark Ferguson, 1,200 tiket habis dijual untuk persembahan malam pertama dan 1,300 untuk malam kedua.

“Jumlah jualan tiket dipercayai akan bertambah kerana ia tidak termasuk angka jualan tiket semalam (Khamis),” katanya -TVS.

Diadakan di Tebingan Sungai berhampiran Hotel Grand Margherita, pengunjung yang hadir akan disajikan dengan pemandangan Sungai Sarawak sambil menikmati persembahan konsert.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan