Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sempena Program Sarawak Regatta - Kuching Waterfront Festival 2022, di sini, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS).

ADUN jadi calon, tunggu 3 Nov – Awang Tengah

KUCHING, 28 Okt : Tunggu pengumuman oleh Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Demikian kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berhubung kemungkinan terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan dipilih sebagai calon GPS pada Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU-15) ini.

“Itu kita lihatlah semasa pengumuman oleh Premier Sarawak nanti,” katanya kepada media selepas merasmikan Sarawak Kitchen dan Gerai Jualan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sempena Program Sarawak Regatta – Kuching Waterfront Festival 2022, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) Datuk Mohd Naroden Majais.

Awang Tengah yang juga Timbalan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abang Johari, kelmarin kemungkinan terdapat seorang atau dua ADUN akan diberi peluang bertanding pada PRU buat kali pertama.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak itu sekali lagi menegaskan GPS menyasarkan kemenangan besar pada PRU-15 ini.

“Kita akan meletakkan semua calon di 31 kawasan dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan,”katanya.

Berhubung kesiapsiagaan PRU-15 di Lawas, Awang Tengah berkata, seperti tempat lain di Sarawak, gerak kerja GPS juga dilaksanakan dengan teliti di kawasan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan