KUCHING, 27 Okt : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev di Demak Jaya, di sini hari ini.
Sugurbayev berkata, kunjungan itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Kazakhstan dan Malaysia serta Sarawak.
Katanya, ini juga merupakan lawatan pertama beliau ke Sarawak sejak memegang jawatan berkenaan.
“Saya berharap hubungan yang terjalin antara Kazakhstan dan Malaysia serta Sarawak akan dapat terus diperkukuhkan untuk manfaat bersama,”katanya kepada pemberita.
Turut hadir Konsul Kehormat Kazakhstan di Sarawak Datuk Awang Daud Awang Putera. -TVS