Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memeriksa beberapa kenderaan bermotorsikal pada Operasi Bersepadu JPJ di Plaza Tol Sungai Besi pada Rabu. Foto: Bernama.

PRU-15: JPJ tidak kompromi isu modifikasi kenderaan untuk berkempen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Okt : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana parti politik yang melakukan modifikasi kenderaan untuk tujuan berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata sekiranya terdapat kenderaan didapati tidak menepati spesifikasi seperti yang ditetapkan Agensi Perkhidmatan Awam Darat sebagai kenderaan komersial, ia boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) iaitu salah guna permit dan melakukan modifikasi kenderaan.

“Tidak ada lesen besar untuk mana-mana parti membuat ubah suai kepada kenderaan mereka pada musim PRU ini,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan Op Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, di sini semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU-15, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Beliau juga berkata JPJ menjangkakan kenaikan aliran trafik menjelang hari pengundian pada 19 Nov dan menyeru pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Sementara itu, Zailani memaklumkan bagi tempoh Januari hingga September 2022, terdapat 402,626 kes kemalangan jalan raya telah direkodkan melibatkan 4,379 kematian berbanding 255,532 kes kemalangan jalan raya dengan 3,324 kematian bagi tempoh sama pada 2021.

“Perbandingan data 2021 dan 2022 menunjukkan terdapat peningkatan nahas jalan raya iaitu sebanyak 147,094 kes. Ia kerana pada tahun lepas negara dilanda dengan pandemik COVID-19 dan tidak banyak kenderaan berada di atas jalan raya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan