Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bidai ketika ditemubual TVS pada Khamis. Foto: TVS.

Projek bekalan air bersih bakal akhiri penantian penduduk Sare

SARIKEI, 27 Okt : Projek bekalan air bersih di Sare, Sarikei yang sedang giat dilaksanakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memberi manfaat kepada 835 orang penduduk.

Penghulu Sare, Bidai Ginsang berkata, projek terbesar yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat itu membabitkan penghuni di 128 pintu daripada 11 rumah panjang.

“Ia melibatkan satu rumah pam (pam house) dengan satu tangki air berkapasiti tinggi.

“Ini merupakan projek yang sangat besar sekarang dan dalam proses kerana sebab talian pipe (paip line) semua sudah siap, cuma tinggal pam house dengan tangki yang kapasitinya sangat besar isipadu airnya,” katanya ketika ditemui TVS pada Khamis.

Bidai berkata, pelaksanaan projek penting itu juga mengakhiri penantian penduduk yang sebelum ini hanya bergantung kepada air hujan untuk menampung keperluan harian.

“Penduduk di kawasan yang terlibat dengan projek bekalan air bersih ini, sudah lama menunggu dan baru sampai (dibina) pada tahun 2020, projek sudah bermula dan sekarang dalam peringkat akhirlah untuk menyiapkan projek.

“Jadi kalau projek ini sudah mengeluarkan bekalan air kepada penduduk, maka itu akan membuatkan mereka gembira kerana projek ini sudah lama dah ditunggu dan mereka sangat berpuas hati dan berterima kasih kepada kerajaan GPS yang ada sekarang,” katanya lagi.

Beliau mendedahkan, kerajaan GPS tidak pernah mengabaikan kepentingan penduduk Sare sebaliknya melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka.

Selain projek bekalan air bersih ujarnya, perancangan pembinaan Jalan Pintas Sare ke Selalang juga paling di nanti-nantikan.

Jalan penghubung Selalang Sare sepanjang tujuh kilometer kini dalam peringkat tafsiran di peringkat Jabatan Tanah dan Survey dan jika projeknya siap kelak, ia akan memberikan impak yang besar kepada penduduk di kawasan Sare dan bukan sahaja di kawasan Sare tetapi melibatkan penduduk di kawasan Krapa, Kerubong, Selalang dan Kabong sebab mereka dari Kabong boleh terus Jalan Pintas Selalang terus ke Sare untuk menuju ke Sarikei dalam jarak yang dekat, katanya.

Sehubungan itu, Bidai menggesa penduduk terus memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada bagi memastikan semua projek yang sedang dilaksanakan itu berjalan licin dan sempurna.

Memperluaskan liputan bekalan air terawat merupakan antara inisiatif kerajaan GPS di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Di bawah inisiatif itu juga, peruntukan khas telah disalurkan bagi menangani secara keseluruhan isu bekalan air supaya dapat membekalkan air bersih terawat mencukupi ke seluruh Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan