Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Tari Charma Kastari dari Sarikei melakukan persembahan di Festival Tari dan Lagu Melayu Asli Sarawak 2022 di Tebingan Kuching, hari ini. Foto: Hafeezz (TVS)

Lebih banyak platform untuk promosi kesenian Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 27 Okt : Penggiat seni di Sarawak memerlukan ruang secukupnya untuk mempromosi budaya dan kesenian pelbagai etnik di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak (MSS), Dayang Mariana Abang Bolhassan berkata, program yang dianjurkan itu juga boleh melibatkan warga luar untuk mendedahkan keunikan Bumi Kenyalang.

“Saya berpandangan kita perlu menganjurkan simposium, bengkel dan menjalinkan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa, jemput mereka untuk menonton acara  yang penggiat seni di sini lakukan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Festival Tari dan Lagu Melayu Asli Sarawak 2022 di sini, hari ini.

Festival itu yang dilangsungkan bermula hari ini hingga 3 November dianjurkan oleh MSS bersempena Regatta Sarawak 2022.

Pertandingan perahu antarabangsa berkenaan dijadual berlangsung bermula pada 4 hingga 6 November ini di Tebingan Kuching.

Sebanyak 10 pasukan menyertai festival itu yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah seluruh Sarawak antaranya pasukan Gemala Kencana (Miri), Charma Kastari (Sarikei), Sanggar Singkalang (Sarikei), Nas Reis Rajang (Sarikei), Kasuma Tari (Kuching), Anak Seni Tari (Kuching), Persatuan Kapit Tari (Kapit), Sri Ritma Borneo (Mukah), Anak Seni Benak (Sri Aman) dan Gerini Tari (Limbang). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan