Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sim Kiang Chiok. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Jualan hartanah dijangka terjejas ekoran ketidaktentuan ekonomi global

ByMuqri Aziz

KUCHING, 27 Okt: Jualan hartanah di Malaysia dijangka akan terjejas susulan ketidaktentuan ekonomi global pada 2023, kata Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Dato Sim Kiang Chiok.

Menurutnya, ketidaktentuan ekonomi ini berlaku disebabkan kenaikan harga bahan bakar global dan perang Ukraine-Rusia, justeru kos bahan binaan akan turut meningkat, sekali gus menyebabkan harga rumah naik.

Bagaimanapun, kadar faedah dikenakan institusi kewangan ketika ini lebih rendah berbanding ketika sebelum COVID-19 merebak, ujar beliau pada sidang media bagi mengumumkan Jerayawara Perumahan dan Hartanah SHEDA Kuching 2022 di sini pada Rabu.

Beliau percaya sekarang merupakan masa sesuai untuk membeli hartanah kerana kadar faedah masih rendah.

Dengan jangkaan kenaikan harga rumah pada masa hadapan, beliau menyarankan agar orang ramai membeli rumah yang hampir siap dibina sekarang.

“Kita semua berharap agar segala halangan yang boleh merencatkan ekonomi negara seperti perang Ukraine-Rusia dan harga bahan bakar global berakhir segera,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan