Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jambatan Muara Lassa bakal ubah landskap pembangunan Daro

BySuara Sarawak

DARO, 27 Okt: Jambatan Muara Lassa akan menjadi pengubah kepada landskap pembangunan di Daro apabila dijangka siap dalam tempoh 48 bulan sejak mula dibina pada Julai 2019.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Safiee Ahmad berkata, jambatan sepanjang 2.43 kilometer itu kini sudah menampakkan struktur awal dengan rangkanya kini gah berdiri merentangi Batang Lassa.

“Pemandangan di sini sangat indah. Apabila siap nanti, penduduk akan melihat laut terbentang di depan mata dari atas jambatan. Di kiri kanannya laut malah boleh melihat matahari terbenam,” katanya kepada Suara Sarawak ketika membawa wartawan mengunjungi lokasi jambatan itu.

Safiee berkata, masyarakat Daro bertuah kerana boleh menikmati limpahan ekonomi sebaik sahaja jambatan berharga RM597.58 juta itu siap kerana ia memudahkan lagi akses ekonomi dari Sibu, Tanjung Manis serta kawasan sekitar.

Katanya, penduduk di luar Daro juga mudah mengunjungi pekan yang dihuni oleh 35,000 jiwa itu apabila hari ini, pekan yang terkenal dengan ikon ikan terubuk itu hidup dengan pelbagai jaringan dan aktiviti ekonomi harian.

“Datanglah ke sini. Percayalah, anda akan jatuh hati dengan Daro,” katanya.

Jambatan Muara Lassa yang menghubungkan Daro dan Pulau Bruit, merupakan antara 12 jambatan yang disenarai di bawah inisiatif kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sebelas lagi jambatan ialah Jambatan Batang Rambungan, Jambatan Bintulu-Jepak, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Batang Igan, Jambatan Batang Rajang, Jambatan Batang Paloh, Jambatan Batang Saribas, Jambatan Kuala Saribas, Jambatan Batang Lupar 2, Jambatan Batang Krian dan Jambatan Sungai Limbang.

Dengan siapnya jambatan-jambatan ini kelak, sistem perhubungan di Sarawak akan lebih lengkap berbanding sekarang menggunakan feri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan