Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyandang kerusi Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni.

GPS penentu kemampuan gubal Perlembagaan Persekutuan selepas PRU-15

KUCHING, 27 Okt : Sokongan ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menjadi penentu kejayaan untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Lukanisman Awang Sauni berkata, ini kerana GPS bukan sekadar pelengkap kepada barisan kabinet malah memainkan peranan penting bagi memperolehi suara dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Catur itulah yang menentukan menang dan kalah dan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri dan kerajaaan yang akan tubuhkan kelak,”katanya kepada TVS.

Lukanisma berkata, peranan penting GPS terbukti kepada Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan selama 22 bulan yang mana mereka tidak mampu meminda Perlembagaan Persekutuan kerana tidak mendapat majoriti dua pertiga tanpa sokongan GPS.

“Selepas kita (GPS) tubuh kerajaan baharu pada 2020, terbukti itu cara yang betul kerana kita tidak mahu biarkan kerajaan kosong dan (peranan) kerajaan perlu berterusan,”katanya.

Menurutnya, Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah membuat congakan yang tepat kerana kedudukan GPS selaku king marker kekal.

“Kita bukan sekadar pelengkap malah ahli – ahli parlimen kita (GPS) akan tentukan bagaimana dasar Malaysia,”katanya.

Penyandang kerusi Parlimen Sibuti itu menambah selain memainkan peranan sebagai kingmaker, GPS dijangka akan menjadi elemen kestabilan andai berlaku perebutan kuasa dan perubahan kerjasama politik di Semenanjung Malaysia selepas PRU-15 nanti.

Gabungan empat parti tempatan di Sarawak dengan PBB sebagai peneraju, diikuti Parti Rakyat Sarawak (PRS) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) ini menang 19 kerusi pada PRU-14 dan akan bertanding kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU-15 bulan depan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan