Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Khirudin Drahman. Foto: UKAS

Bomba Sarawak akan jalani simulasi hadapi bencana semasa PRU-15

KUCHING, 27 Okt: Seramai 1,590 anggota bomba dari semua balai bomba dan penyelamat di Sarawak akan menjalani latihan simulasi bermula minggu depan sebagai persiapan menghadapi kemungkinan bencana banjir semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman @ Hussaini berkata satu bengkel selama dua hari juga akan diadakan bermula esok di Sibu bersama-sama agensi penguatkuasaan dan penyelamat lain bagi menjelaskan rantaian arahan semasa insiden.

“Kita sudah maklumkan kepada anggota kita cuti akan dibekukan, (cuti yang diluluskan akan) ditarik balik bila-bila masa dan mereka diminta untuk tidak berada di kawasan yang jauh yang tidak dapat dihubungi. Yang dipanggil bertugas ini didaftarkan di bawah undi pos,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Pesara 2022 JBPM Sarawak, di sini malam tadi, beliau berkata syif bertugas untuk anggotanya akan diubah dari 12 jam kepada 24 jam jika keadaan memerlukan.

Menurutnya, sebanyak 51 pasukan Bomba Sukarela dan Bomba Komuniti yang ditubuhkan di negeri ini juga diminta untuk bersiap siaga dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir semasa PRU-15. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan