Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sim Kiang Chiok (dua kanan) dan Alan Wong (dua kiri) pada sidang media Jerayawara Perumahan dan Hartanah Kuching 2022 SHEDA di Kuching, hari ini.

SHEDA bakal anjur Jerayawara Perumahan dan Hartanah Kuching 2022

ByMuqri Aziz

KUCHING, 26 Okt: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching akan menganjurkan Jerayawara Perumahan dan Hartanah Kuching 2022 (HPR2022) pada 1 hingga 4 Disember di AEON Mall di sini.

Pengerusi penganjur Alan Wong berkata jerayawara itu akan memberi peluang kepada pembeli bertemu terus dengan syarikat hartanah yang mempamerkan projek-projek mereka.

Pembeli rumah berpotensi juga boleh menjangkakan harga promosi sepanjang tiga hari pameran.

“Penganjuran ini adalah yang pertama dalam tempoh tiga tahun sejak bermulanya pandemik COVID-19.

“SHEDA Cawangan Kuching komited menganjurkan HPR2022 untuk memberi manfaat ahli-ahli SHEDA dan juga orang ramai dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai pasaran rumah,” ujar beliau ketika ditemui pada sidang media di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi SHEDA Kuching Dato Sim Kiang Chiok.

Hampir 30 reruai telah ditempah oleh pempamer yang terdiri daripada pemaju dan institusi kewangan dan perbankan.

“Selain ahli-ahli SHEDA, kami mengalu-alukan semua pemaju, ejen hartanah dan perdagangan berkaitan bangunan lain untuk menyertai HPR2022 nanti,” tambahnya.

Wong juga berkata masih ada reruai kosong.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Angelina Chai di 019-8162191 atau melayari Facebook Sheda Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan