KOTA SAMARAHAN, 26 Okt: Projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini mendahalui jadual, kata Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof.
Menurutnya, jika boleh disiapkan menjelang Mei 2023 ia dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar perubatan UNIMAS tetapi juga penduduk di sekitar.Â
“Kalau ikut kontrak sepatutnya fasa 1 iaitu Pusat Kesihatan Premier siap pada September 2023, cuma pihak UNIMAS mengharapkan ia dapat disiapkan awal iaitu pada Mei tahun depan termasuk dengan pembinaan klinik kesihatan.
“Pagi tadi saya telah berbincang dengan kontraktor dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melihat bagaimana kita dapat capai matlamat untuk siapkannya pada Mei,” katanya ketika lawatan ke tapak projek berkenaan, hari ini.
Sebelum itu, beliau menyampaikan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di UNIMAS.
Menurutnya lagi, sasaran itu dapat dicapai memandangkan beberapa permasalahan dihadapi projek sebelum ini antaranya kekurangan tenaga kerja dan masalah bahan binaan telah selesai.
Projek yang bermula pada 2021 dengan kos RM480 juta melibatkan dua pembinaan termasuk Pusat Kesihatan Prima yang kini sudah mencapai 70 peratus kemajuan. – TVS