Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Noraffian Abang Ibrahim ketika kunjungan hormat terhadapĀ Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Manfaat sepenuhnya peluang mengundi

BySheera Abang Mansor

KUCHING, 26 Okt: Manfaatkan sepenuhnya peluang untuk menunai tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Sehubungan itu, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sarawak Abang Noraffian Abang Ibrahim berharap peratusan keluar mengundi adalah lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri ke-12 yang diadakan pada 18 Disember tahun lepas.

Tanpa menyatakan sasaran peratusan, beliau menyeru agar semua penduduk Sarawak yang layak mengundi, agar melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Menurutnya, SPR telah bersedia susulan penetapan penamaan calon pada 5 November, undi awal 15 November dan mengundi pada 19 November.

Beliau ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadapĀ Premier SarawakĀ Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

ā€œKunjungan hormat saya terhadap YAB Premier Sarawak pada pagi ini adalah lebih kepada pemakluman tentang pelantikan saya sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak yang baharu dan juga bersuai kenal dengan pihak Premier,ā€ ujarnya.

Sarawak mempunyai 1.94 juta pengundi bagi PRU-15, manakala dalam PRN-12, seramai 759,627 rakyat Sarawak atau 60.67 peratus daripada pemilih berdaftar ketika ituĀ telah keluar mengundi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan