Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fadillah Yusof pada sidang media selepas Taklimat Pembentangan Prestasi Projek dan Isu-Isu Berbangkit - Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: Odleen (TVS)

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini 88 peratus siap

ByOdleen Catherny

KUCHING, 26 Okt: Fasa Satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini sudah mencapai 88 peratus siap, kata Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof.

Beliau menjangkakan dua lagi seksyen lebuh raya berkenaan akan dibuka pada November 2022.

“Daripada 786 kilometer  yang dah siap ialah 586.3 kilometer. Insya-Allah, November nanti akan ada dua lagi bahagian yang akan dibuka untuk umum iaitu di Selangau dan juga Pantu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat prestasi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah berkata usaha menaik taraf laluan empat lorong sedia ada atau ‘Red Line’ sepanjang 200 kilometer projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dianggar menelan belanja lebih RM600 juta.

Permohonan peruntukan telah dikemuka dan masih menunggu tindakan Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Kita akan terus memohon kerana naik taraf ini perlu dibuat. Ini kerana laluan sepanjang Pan Borneo nanti adalah berdasarkan dua standard iaitu satu standard baru dan satu lagi yang lama, jalan raya agak beralun,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan dan isu berbangkit mengenai Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Jawatankuasa itu akan dianggotai Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan konsultan.

“Mereka ini akan menangani semua isu berbangkit mengenai projek terutamanya di kawasan yang ada masalah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan