Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Helikopter Airbus AS 355 F2 terhempas di Cameron Highlands, hari ini. Foto: BERNAMA

Helikopter bawa petugas perubatan terhempas di Brinchang, kesemuanya terselamat

ByBernama

IPOH, 26 Okt: Lima anggota pasukan perubatan termasuk seorang juruterbang selamat selepas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

“Itu yang kami terima setakat ini. Kesemuanya selamat,” katanya ringkas.

Insiden yang berlaku pada 1.15 tengah hari ketika pesawat milik swasta itu dipercayai dinaiki seorang doktor dan empat pegawai perubatan dalam perjalanan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga penumpang cedera ringan dan tiga lagi cedera parah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan