KABONG, 25 Okt: Taman air yang terletak di Pantai Tanjung Kembang merupakan tarikan terbaharu di daerah ini.
Menurut pengurusnya, Hamif Kamaludin berkata taman air tersebut hanya untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah.
“Kategori umur yang dibenarkan masuk hanya kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan seorang penjaga,” ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir berkata taman air tersebut diharap mampu menarik orang ramai berkunjung ke Kabong.
Pembinaan medan selera yang lebih besar dan selesa juga dirancang dalam masa terdekat. – TVS