Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Dr Hazland Abang Hipni, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Datu Sharbini Suhaili ketika menghadiri Sidang Kemuncak Tenaga Singapura bersempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura ke-15 di Singapura hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak.

Sarawak boleh mainkan peranan percepat peralihan tenaga negara serantau – Abang Johari

KUCHING, 25 Okt: Sebagai penyedia tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia, Sarawak boleh memainkan peranan penting dalam mempercepat peralihan tenaga negara serantau dengan bekerjasama dengan negara jiran dan berkongsi sumbernya.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata agenda pertumbuhan negeri itu menyokong masa depan tenaga yang berdaya tahan dan mampan untuk kemakmuran serantau.

“Kos tenaga yang lebih rendah daripada kuasa hidro boleh diperbaharui turut memberi manfaat kepada pelanggan domestik, perindustrian dan pengeksport Sarawak dengan membekalkan mereka elektrik yang mampu milik, boleh dipercayai dan mampan.

“Menerusi syarikat utiliti milik penuh kerajaan kami Sarawak Energy, saya berbangga mengatakan bahawa Sarawak pada masa ini menawarkan purata tarif tanpa subsidi yang paling rendah di Asia Tenggara dan tenaga elektrik kami terutamanya adalah hijau,” katanya berucap pada Sidang Kemuncak Tenaga Singapura bersempena Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura ke-15 di Singapura hari ini. Teks ucapan Abang Johari diedar kepada media di sini.

Turut menyertai beliau ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Datu Sharbini Suhaili.

Abang Johari berkata lagi, dalam memenuhi komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon dan kebergantungan kepada bahan api fosil, Abang Johari berkata Sarawak menyelaras Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 bagi mengembangkan pelan tindakan ekonomi strategik di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang dilancarkan pada 2008.

Beliau berkata hasilnya, campuran penjanaan berjaya beralih daripada 92 peratus bahan api fosil pada 2010 kepada 70 peratus kuasa hidro menjelang 2015, dilengkapi dengan sumber termal untuk keselamatan tenaga.

“Peralihan ini telah menyahkarbon intensiti pelepasan sebanyak 72 peratus antara 2010 dan 2020 seterusnya memacu pertumbuhan sosioekonomi Sarawak yang mampan pada masa ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan