Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita ditahan polis ketika cuba memasuki kawasan sekitar Istana Presiden hari ini. Foto: Polis Jakarta

Polis Indonesia tahan wanita bawa pistol cuba ceroboh Istana Presiden

JAKARTA, 25 Okt: Polis Indonesia menahan seorang wanita bersenjatakan pistol di luar Istana Presiden di sini, hari ini.

Ketua polis jabatan trafik di lokasi, Kompol. Albon H  berkata wanita yang cuba memasuki kawasan Istana itu berjaya dihalang polis dan Pasukan Keselamatan Presiden (Paspampres).

Apabila dihampiri, wanita itu mengacukan pistol ke arah anggota Paspampres berkenaan dan pegawai itu segera merampas pistol serta-merta.

“Saat kejadian dia berada tepat di pintu masuk istana dan menghampiri anggota paspampres yang berkawal terus mengacukan pistol,” katanya.

Selepas ditahan, wanita yang tidak diketahui identitinya itu terus dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kawalan keselamatan di sekitar kawasan Istana Presiden telah dipertingkatkan lagi ekoran kejadian itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan