Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai semasa merasmikan Bengkel Pengendalian Kes Mahkamah Bumiputera Sarawak untuk Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat bagi Zon Selatan 2022. Foto: Amirah Shawel (TVS)

RUU Ordinan Mahkamah Bumiputera baharu dijangka dibentang Mei 2023

ByAmirah Shawel

KUCHING, 24 Okt : Rang Undang-Undang (RUU) Ordinan Mahkamah Bumiputera baharu di bawah Program Transformasi Mahkamah dijangka akan dibentang pada Mei 2023, kata Datuk John Sikie Tayai.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) itu berkata, laporan kajian penstrukturan semula bagi perkara tersebut sedang dalam proses penyediaan Kertas Kabinet sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Secara peribadi, saya yakin dan berharap agar kerajaan negeri akan meluluskan Program Transformasi Mahkamah yang dicadangkan.

“Ini akan melibatkan satu RUU baharu yang akan dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri.

“RUU Ordinan Mahkamah Bumiputera itu kelak akan menggantikan Ordinan Mahkamah Bumiputera 1993 yang ada sekarang,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Bengkel Pengendalian Kes Mahkamah Bumiputera Sarawak untuk Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat bagi Zon Selatan 2022 di sini hari ini.

Katanya, Mahkamah Bumiputera perlu dinaik taraf agar dapat meningkatkan statusnya selaras dengan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Struktur mahkamah juga akan dipinda dan bidang kuasa mahkamah akan diperluaskan di bawah transformasi itu kata beliau.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, peranan ketua kaum dan ketua masyarakat yang baharu akan dipinda dan fungsi undang-undang Pegawai Pengetua akan dikaji semula.

“Apa yang tidak berubah ialah peranan mereka sebagai penjaga yang dapat memelihara adat-adat kaum bumiputera agar kekal dan berkembang mengikut zaman dan arus pembangunan negeri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan